Home » Uncategorized » Rawatan IVF Malaysia: Tips Untuk Masalah Ketidaksuburan

Rawatan IVF Malaysia: Tips Untuk Masalah Ketidaksuburan

Kepada pasangan yang telah lama berumah tangga dan masih belum dikurniakan cahaya mata mungkin tertanya-tanya, apakah yang perlu dilakukan oleh mereka agar cepat menimbang cahaya mata?

Ada yang telah berjumpa dengan doktor pakar di klinik rawatan kesuburan bagi memperolehi khidmat nasihat. Malah, ada juga pasangan yang menjalani ujian kesuburan dan terapi yang perlu untuk meningkatkan peluang untuk hamil.

Degan perkembangan teknologi dan perubatan pada masa kini, ini telah memberi sinar harapan yang baru kepada pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan dan salah satu caranya adalah melalui rawatan IVF.

 rawatan kesuburan untuk lelaki

Apa itu in vitro fertilization (IVF)? IVF atau lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilisation sebagai rawatan bayi tabung uji adalah satu usaha yang dibuat khas untuk pasangan yang belum memperoleh anak.

Ini merupakan rawatan kesuburan di mana telur ovum disenyawakan dengan sperma di dalam tabung uji.

Apakah Yang Perlu Dilakukan Sebelum IVF?

Untuk memastikan pengalaman IVF yang terbaik, doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi selalunya akan menasihati pesakit agar membuat persediaan 2 ke 3 bulan sebelum menjalani rawatan kesuburan.

Untuk memastikan agar proses IVF berjaya, persediaan yang rapi dan penjagaan kesihatan amatlah penting. Persediaan untuk IVF seumpama anda membuat persediaan untuk sebarang peperiksaan di sekolah.

Oleh itu, ramai pasangan yang beranggapan bahawa IVF merupakan satu sinar harapan yang baru untuk menimang cahaya mata yang diingini mereka sejak sekian lama.

 proses ivf berjaya

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan IVF:

Tip- tip Untuk Pasangan Yang Menjalani Rawatan IVF

Sekiranya anda sedang menjalani rawatan IVF, anda digalakkan untuk mengikuti tip-tip berikut untuk meningkat kadar kejayaan kehamilan.

1. Pilih Klinik dan Doktor Pakar yang Terbaik

Pada zaman kini, semua informasi dan maklumat hanya berada di hujung jari sahaja. Walaubagaimanapun, kebebasan penyebaran maklumat di laman sesawang juga perlu di ambil dengan serius. Jangan percaya bulat-bulat dengan maklumat dan tips IVF yang berjaya terutamanya melalui forum-forum IVF.

2. Berfikiran Realistik

Anda harus sedar bahawa harga IVF di Malaysia yang tinggi tidak menjaminkan kejayaan 100% walaupun di pusat IVF yang terbaik. Anda tidak boleh mengubah hakikat ini.

Tetapi sekiranya anda berfikiran rasional dan positif, anda boleh berjaya mengurangkan tekanan dan sekali gus menghasilkan impak positif kepada keputusan rawatan yang diterima.

3. Pastikan Pasangan Anda Sihat

Anda harus ingat, bayi anda akan mewarisi gen anda dan pasangan. Oleh itu, perkara-perkara yang boleh menjejaskan kualiti sperma seperti merokok atau pengambilan alkohol yang berlebihan harus dielakkan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum rawatan bermula.

Seperti anda ketahui, anda seharusnya perlu lebih fokus ke arah gaya hidup sihat dan pengambilan makanan seimbang.

4. Hormon Bahagia

Seterunya, pengamalan gaya hidup aktif dan sihat mampu mengekalkan tahap “hormon bahagia” yang dipanggil endorphin.

Hormon ini bertanggungjawab untuk meneutralkan kesan-kesan negatif tekanan. Mekanisme ini juga sering diaplikasikan dalam teknik akupunktur.

 proses ivf

5. Jangan Berlengah

Ingat, faktor usia dapat mempengaruhi peratus kejayaan untuk hamil, terutama wanita. Semakin lama anda berlengah, peluang anda akan berkurang.

Sekiranya anda benar memerlukan IVF, dapatkan rawatan segera terutamanya jika anda berusia 35 ke atas, atau suami anda berusia 45 tahun ke atas, atau jika anda mempunyai sebarang masalah ginekologi seperti endometriosis.

Kesimpulannya

Membuat keputusan untuk rawatan IVF memang satu pilihan yang amat sukar. Yang penting sekali, faktor kesihatan fizikal haruslah ditimbangi. Anda juga digalakkan untuk mempertimbangkan alternatif lain tanpa menambah risiko.

Akhirnya, keputusan berada di tangan anda. Seeloknya bincang dengan pasangan dan keluarga dahulu.

Comments are closed.