Home » Uncategorized » MT 4: Panduan Buka Akaun Forex

MT 4: Panduan Buka Akaun Forex

Adakah anda sudah membuat banyak kajian tentang perdagangan wang asing di Malaysia? Mungkin hati anda telah bersedia untuk perdagangan forex di Malaysia. Artikel sebelum ini ada membincang tentang pengenalan forex manakala artikel ini akan melanjut terhadap pembukaan akaun forex.

Pembukaan akaun forex adalah penting kerana hal ini berurusan dengan kewangan. Mungkin keadaan sekarang ialah masalah pembukaan akaun. Anda mungkin bertanya-tanya cara untuk membuka akaun dengan syarikat broker forex?

 mt4 download

1.    Pengetahuan Dalam Pemilihan Syarikat Broker Forex

Kenapa anda perlu syarikat broker forex untuk menjalani perdagangan forex? Broker forex mempunyai peranan yang sangat penting terhadap orang awam.

Sekiranya orang awam mahu berdagang terus dengan agensi bank, modal yang diperlukan daripada mereka adalah sangat besar. Manakala, orang awam tidak memerlu modal tinggi untuk berdagang melalui syarikat broker forex.

Syarikat broker forex mengumpul suatu jumlah besar untuk berdagang dengan pihak bank. Selain itu, pihak pengurusan bank mempunyai kelayakan yang ketat terhadap setiap pendaftaran serta transaksi.

Pemilihan syarikat broker forex haruslah berhati-hati. Hal ini kerana terdapat syarikat forex palsu dalam pasaran. Terdapat beberapa ciri sesetengah syarikat broker Forex tidak wajib ada:

  • Tiada pendaftaran lesen yang disah oleh badan tadbir urus besar
  • Alamat syarikat merupakan pejabat virtual- di mana tiada broker forex bekerja dalam bangunan
  • Tawaran pekej pemalasan- tidak perlu buat apa-apa terhadap kemasukkan wang dan dapat untung lumayan.
  • Beroperasi secara Multi- Level Marketing (MLM)- Mempunyai sistem piramid, sistem pasangan dan seterusnya.
  • Jenama syarikat broker di Malaysia sahaja. Tiada Eropah dan negara lain terkenal syarikat broker forex itu.
  • Tiada akaun bank luar negara yang kukuh.
  • Syarikat broker forex itu sentiasa menggunakan akaun bank sendiri untuk setiap transaksi.

Pasaran kini mempunyai banyak platform forex yang berlesen dan dipercayai.

 mt 4

2.    Pembukaan Akaun Forex Demo Dan Real

Sebelum anda mahu membuka akaun forex, anda harus muat turun MT4 dahulu sebelum melaksanakan pembukaan akaun. Platform Forex Metatrader 4 (MT4) masih merupakan platform yang biasa digunakan untuk perdagangan Forex walaupun Metatrader 5 telah masuk pasaran kini. Sekiranya anda tidak mahu muat turun MT4, terdapat banyak pilihan platform forex di talian untuk berdagang.

Secara umum, terdapat dua akaun dalam pasaran kini iaitu akaun demo dan akaun real. Akaun demo ialah percuma dan mempunyai duit virtual untuk latih berdagang. MT4 demo ialah salah satu platform yang biasa diguna untuk berlatih.

Manakala pembukaan akaun real boleh terus dibuka atau selepas anda berlatih di akaun demo. Akaun demo dan akaun real adalah bawah satu username. Keseluruhannya, pembukaan akaun forex di sesetengah platform boleh diringkas pada tiga steps, iaitu:

  • Masuk ke talian website platform forex.
  • Isi setiap borang, infomasi, setuju dengan perjanjian (sila baca perjanjian tersebut) dan teruskan sehingga akhir.
  • Mengesahkan e-mel daripada platform forex anda. Kadangkala anda hendaklah buka ‘Spam’ file sekiranya anda tidak dapat dalam ‘inbox’ file.

Menunggu pengesahan daripada platform forex. Ia mungkin mengambil beberapa bulan.

 metatrader 4 pc

3.    Dokumen Yang Perlu Disediakan Sebelum Pendaftaran Akaun Forex

Syarikat broker di Malaysia biasanya memerlukan dokumen-dokumen untuk mengesahkan identity. Dokumen yang paling penting dalam pengesahan ialah IC atau passport.

Gambar IC atau passport merupakan sumber untuk mengesahkan identiti para pedagang. Kadangkala, platform forex perlu infomasi kedua-dua IC dan passport, slip akaun bank dan sebagainya.

Selepas pembukaan akaun berjaya, anda akan terus belajar mengguna calendar forex dan sebagainya. Anda juga perlu biasa membaca berita forex.

Segala pengalaman dan pengetahuan perdagangan forex akan dibina secara beransur-ansur. Sekiranya anda betul-betul nak untung, bermulalah membaca berita forex terkini setiap hari. Hal ini akan membantu anda dalam setiap keputusan perdagangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *